Friday 30 December 2011

Mazhab Tawakkal Buta Dalam Cinta



Mazhab Tawakkal Buta Dalam Cinta.

“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”

Pernah dengar ayat macam ini?

Ini saya namakan sebagai Mazhab Tawakkal Buta Dalam Cinta.

Kenapa saya namakan tawakkal buta? Sebab saya tahu Allah pun tak ajar demikian rupa. ^^

Kalau suka, patutnya bagitahulah(semestinya dengan persediaan. Bukan main bagitahu sahaja. Tengoklah diri tu juga. Kalau main bagitahu sahaja, itu dah masuk dalam bab Cinta Buta). Kemudian, siapa la pandai-pandai ajar kalau bagitahu nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya ni?

Baiklah. Saya bagi contoh buka laci. Macam mana anda mahu buka laci? Anda berdoa sahaja, atau anda usaha buka laci sambil tawakkal bahawa Allahlah yang bantu anda buka laci itu?

Satu lagi. Exam. Macam mana kita mahu cemerlang dalam exam? Berdoa sahaja, luahkan pada Allah bahawa kita tak pandai sahaja, atau kita kena belajar sungguh-sungguh, dan masa exam kena gerakkan otak dan pen untuk jawab exam? Mana satu?

USAHA.

Usaha kena ada. Itu sunnatullah. Maka bagaimana di dalam CINTA kita boleh kata:

“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”??????

Kalau macam itu, saya pun boleh kata, janganlah study. Doa sahaja pada Allah. Allah Maha Tahu Kita Cemerlang Atau Tidak. Bagaimana? Suka?

Jadi janganlah ambil Mazhab Tawakkal Buta ini. Baik dalam exam, mahupun dalam BERCINTA.

Kalau suka, bincanglah dengan ibu bapa. Cakap kat ibu bapa, saya suka si fulan, saya suka si fulanah. Preparekanlah diri. Buatlah background check. Kemudian muhasabah kembali ibadah. Kemudian kalau berkeyakinan, sila masuk melamar. Merisik. Dan sebagainya.

At least kita pun tahu kalau dia tak suka kita, tak berkenan dengan kita. Boleh cari yang lain.

Kalau pendam sahaja buat apa?

Silap hari bulan dia suka kat kita, sebab main pendam, terlepas.

Silap hari bulan dia tak suka kat kita, sebab main pendam, tup-tup dah lama sangat pendam perasaan, syok sangat-sangat, sekali kena tolak. Kecewa. Bertahun dah bazirkan hidup suka dia.

Sebab itu, usaha itu kena ada. Langkah itu perlu diambil.

Tawakkal Buta?

Jangan sekali.

# copypaste #
~ seorang hamba,
Hilal Asyraf
http://langitilahi.com/

Gundah



Rasa “sakit” saat merasa tidak punya siapa, JUJUR..sangat PERIT ditelan, sangat SUKAR dilalui bahkan sangat MENYEDIHKAN bila diingat..tiada TELINGA untuk MENDENGAR, tiada BAHU untuk BERSANDAR..tiada siapa untuk meluahkan rasa dan tiada apa yang terluah.

Namun saat itulah hati MEMUJUK :


 Wahai diri, Allahkan ada..dan Allah itu sudah LEBIH dari CUKUP untukmu...Allah tidak mengutuskan kamu sesiapa kerana DIA cuma mahu kamu BERKONGSI peritmu hanya padaNYA..ya Allah, hilangkanlah rasa GUNDAH di hatiku ini.

Saturday 24 December 2011

Andai Telah Ditakdirkan Dia Jodohku, Maka Aku Terima Dia Seadanya







Tak minta yg SOLEH ,sebab saya pun tak lah SOLEHAH sgt...
Tak minta yg bergelar USTAZ, sebab saya lg jauh utk bergelar USTAZAH...

Nak minta yg KAYA, saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yg ada...
Nak minta yg HENSEM, saya tak la CANTIK sgt, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan...
Nak minta yg BERPANGKAT, saya hanya seorg HAMBA...

Cukuplah sekadar yg MEMAHAMI dan MENERIMA ku seadanya ...
Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama2 mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina...
Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dlm susah dan senang mengharungi lautan dunia..



sumber:
 http://www.facebook.com/pages/Andai-Telah-Ditakdirkan-Dia-Jodohku-Maka-Aku-Terima-Dia-Seadanya/123714317704594

muslimah solehah







Salam kpd pmbace blogger sy..hari ni sje nk wat entry ni..xtwu nk tulis aper..tp sy ad dpt sdikit ilmu jd mari kite sharing..selamat membaca..=)


seorang muslimah yang tak melayan lelaki apabila ditegur janganlah kau kata dia sombong ,
seorang muslimah yang tiada teman lelaki , janganlah kau kata dia tak laku ,
seorang muslimah yang tegas dalam memelihara prinsip aurat , janganlah kau kata dia kolot ,
seorang muslimah yang tak pandang kau tika bersemuka , janganlah kau ingat kau hensem sangat sampai dia takut nak pandang , "

... ••► Tahukah kau wahai Adam ,
Apa yg ada di sebalik sekeping hati muslimah itu ?
Ketahuilah , dia sedang berjuang memelihara hati engkau supaya tegar meletakkan
Allah di atas singgahsana dalam hatimu .
Dia mahukan engkau , menjadi mujahid yang sibuk menegakkan kalimah haq berbanding melayani hawa nafsumu .
Betapa dia sangat takut andai dirinya menjadi punca kelalaian hatimu dalam menunaikan haq Allah .
Betapa dia sangat takut andai dirinya mengkhianati haq Allah dgn mengambil alih singgahsana Allah dalam hatimu .

Damaikanlah ombak di hatimu ,
kerana ianya lumrah ujian . .
Yang menjadi lubuk pahala mujahadah cintaMu padaNya ,
tekadkanlah janji di hati . .
"Telah Kupilih JalanMu . . dan aku sebenar-benar yakin , cinta ini tidak akan pernah dikecewakan"

Sifat yg baik pd perempuan tp xbagus pada lelaki, rujukan kuliah ust kazim, 
1 sikap sombong(perempuan kene sombong), 
2 kedekut (perempuan kene kedekut) 
3 penakut (perempuan kene takut) 
so bg yg bergelar lelaki jgn ada sifat2 ini..

Friday 23 December 2011

jodoh kita








Sekuat mana kita SETIA,

Selama mana kita TUNGGU,

Sekeras mana kita BERSABAR,
Sehebat mana kita MERANCANG,
Sejujur mana kita TERIMA awak,

Jika Allah tidak menulis jodoh kita BERSAMA, kita tetap TIDAK akan bersama.
Tiada yang KEBETULAN melainkan semuanya telah DIRANCANG.
dan sebaik-baik yang MERANCANG itu adalah ALLAH S.W.T.

credit to: farizee

Thursday 22 December 2011

Redha Allah





Carilah redha Allah,bukannya redha manusia.Carilah pandangan Allah, bukan juga pandangan manusia..Biarlah hina sekalipun dikalangan manusia, jangan sampai hinanya diri disisi Allah Ta’ala.. Biarlah berdepan dengan kemarahan manusia, asalkan jangan sampai mendapat kemurkaan dariNya..Hakikat syurga itu milik kekal Allah Ta’ala, bukanlah milik manusia..Sedarilah bahawa redha dan pandangan manusia itu hanyalah sementara, kerana manusia itu sendiri mudah lupa. Namun redha dan pandangan Allah itu mendatangkan bahagia, bukan hanya setakat didunia, namun ia berpanjangan di akhirat sana.. SubhanAllah

Tuesday 20 December 2011

cinta Hakiki






Bukan kerana aku sempurna, hanya merasa diri kita SAMA..aku cinta kamu, aku sayang kamu, tetapi aku LEBIH MENCINTAI dan MENYAYANGI Allah..maka janganlah pandangku dengan pandangan yang MEMBENCI..sungguh Dia dan aku mencintai..



Sunday 18 December 2011

Di mana DIA hatiku







Tersentuh dengan bicara ini..

“adakah DIA di hati mu?”,
aku hanya mampu menjawab, “aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hati ku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-Nya tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-Nya…” 

Mengapa manusia melakukan kejahatan? Para ulama memberi tiga sebab yang utama – pertama, tidak yakin kepada Allah. Kedua, tidak yakin akan adanya Hari Akhirat dan ketiga, kerana terlalu cinta kepada diri lalu mengambaikan orang lain. Solanya, mengapa orang Islam pun masih melakukan kejahatan?
Ya, kerana kita hanya percaya kepada ketiga-tiga perkara di atas tetapi tidak yakin. Kalau ditanyakan apa bezanya antara percaya dan yakin? Terlalu jauh bezanya. Percaya itu di akal, dimiliki oleh pemikiran dengan belajar. Manakala yakin itu di hati, dimiliki dengan tarbiah dan mujahadah.
Sebab pertama dan kedua dinamakan Iman – yakin kepada Allah dan Hari Akhirat. Kedua sebab itu menumbuhkan sebab yang ketiga yakni ukhwah atau persaudaraan (kasih sayang).Dengan iman kepada Allah, terbentuklah kasih sayang sesama manusia. Jika ditanya, siapakah manusia yang paling kasih kepada manusia lain? Jawabnya, mudah. Siapa yang paling kasih kepada Allah maka dialah yang paling kasih kepada manusia.
Mengapa begitu? Kerana jika kita ingin mengasihi Allah, Allah letakkan syarat agar kita mengasihi hambaNya. Allah minta manusia yang hendak mengasihiNya menjadi saluran untuk Dia mengasihi hamba-hambaNya yang lain. Kita mesti menjadi saluran Allah untuk menyalurkan ilmu, rezeki, kasih, sayang, keadilanNya kepada manusia.
Jadi, jika kenyataan ini dipandang dari sisi yang lain, kita boleh tegaskan begini: Hanya orang yang hatinya benar-benat yakin kepada Allah sahaja boleh menabur kebaikan dengan seikhlas-ikhlasnya kepada manusia lain. Jika ada manusia yang ingin menaburkan jasa dan kebaikan kepada manusia, tetapi tidak nampak sedikitpun keseriusannya untuk mendekati Allah, maka hubaya-hubaya (berjati-hati), besar kemungkinan dia hanya berpura-pura. Boleh jadi dia memberi untuk mendapat pulangan yang lebih besar lagi!
Betapa ramai manusia yang mendabik dada ingin membuat kebaikan kepada manusia lain tetapi mengabaikan hubungannya dengan Allah. Mungkin sama ramainya dengan manusia yang mendakwa hubungannya sangat akrab dengan Allah tetapi meminggirkan hubungan sesama manusia. Inilah yang telah menimbulkan golongan manusia yang gila kuasa, cinta kedudukan, dan obsesi ekonomi… kononnya untuk meneruskan legasi jasa kepada orang lain.
Jangan kita lupa ‘yakin kepada Allah’ adalah kunci kepada segala kebaikan dan kejujuran. Dan jangan kita lupa pula ‘cinta kepada dunia’ itu kepala kepada segala kejahatan. Jika Allah dipinggirkan dalam diri, keluarga, masyarakat, pertubuhan, negeri atau sesebuah negara, maka jangan sekali-kali kita percaya dakwaan diri itu, keluarga itu, keluarga, pertubuhan, negeri atau negara itu untuk berjasa kepada manusia!
Seruan untuk mendekatkan diri kepada Allah, mengamalkan syariat dan akhlak Islamiah mesti mendominasi seruan-seruan yang lain. Dasar dakwah Islamiah adalah mengajak orang ramai merdeka daripada penghambaan sesama manusia untuk bebas menghambakan diri kepada Allah. Menyedarkan manusia agar memburu kelapangan Hari Akhirat dengan meninggalkan kesempitan dunia – maksudnya, menggunakan nikmat dunia untuk menadapatkan kenikmatan syurga! Dan akhirnya, meninggalkan kezaliman sistem hidup buatan manusia untuk mendapat naungan keadilan sistem hidup Islam.
Di mana Allah dalam hati, keluarga, masyarakat dan pertubuhan kita? Itulah satu muhasabah untuk difikirkan jika kita benar-benar jujur untuk menabur bakti kepada manusia. Inilah jalan para rasul, nabi, sahabat-sahabat dan umumnya para salafussoleh yang telah banyak menabur bakti kepada manusia lain. Merekalah individu yang rapat dengan ummah untuk mengetahui apa masalah mereka dan akrab dengan Allah untuk membantu manusia menyelesaikan masalah-masalah itu!
Marilah kita imbau enekdot-enekdot dalam lipatan sejarah untuk mengetahui betapa roh tauhid itulah yang menjadi obor kepada perjuangan mereka untuk menabur bakti kepada manusia lain… Mereka adalah insan yang berbakti kepada manusia lalu dikurniakan kuasa, bukan menjadikan kuasa sebagai syarat untuk menabur jasa. Allah jualah yang memberi kuasa dan menarik kuasa kepada sesiapa yang dikehendakiNya.
Marilah kita renungi sama-sama renungi apa yang pernah saya tuliskan dalam buku:
DI MANA DIA DI HATIKU?
Semasa Rasulullah s.a.w dan Sayidina Abu Bakar bersembunyi di gua Thaur, dalam perjalanan untuk hijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka…Ketika Sayidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w menenangkannya dengan berkata, “jangan takut, Allah bersama kita.” Itulah kehebatan Rasulullah, Allah sentiasa di hatinya.
Sewaktu Da’thur seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah saw lalu meletakkan pedang ke leher nabi Muhammad saw dan bertanya, “siapa akan menyelamatkan kamu daripada ku?”
Rasulullah saw dengan yakin menjawab, “Allah.” Mendengar jawapan itu gementarlah Da’thur dan pedang pun terlepas daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah saw… ada DIA di hati baginda.
Diceritakan bahawa suatu ketika khalifah Umar Al Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di tengah sebuah padang pasir.
“Boleh kau jualkan kepada ku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?” tanyanya kepada budak tersebut.
“Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja.”
“Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini, jika kau jualkan seekor kepada ku dan kau katakan kepada tuan mu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuan mu tidak akan mengetahuinya,” desak Sayidina Umar lagi sengaja menguji.
“Kalau begitu di mana Allah?” kata budak itu. Sayidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati budak itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya dia punya kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Jelas ada DIA di hatinya.
Satu ketika yang lain, Sayidina Khalid Al Walid diturunkan daripada pangkatnya sebagai seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh khalifah Umar. Esoknya, Sayidina Khalid ke luar ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat. Ketika ditanya mengapa, Sayidina Khalid menjawab, “aku berjuang bukan kerana Umar.” Ya, Sayidina Khalid berjuang kerana Allah. Ada DIA di hatinya.
Melihat enekdot-enekdot agung itu, aku terkesima lalu bertanya pada diri ku sendiri, di manakah DIA dalam hati ku? Apakah Allah sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk dan membujuk hati ku yang rawan? Allah ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta Allah bersemi. Jika cinta Allah yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya cinta selain-Nya yang ada di situ, maka cinta Allah akan terpinggir . Ketika itu tiada DIA di hati ku!
Sering diri ku berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidup ku, kata mereka (dan aku sangat yakin dengan kata itu), “ bila Allah ada di hati mu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki. ”
Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung, apakah Allah menjadi tumpuan dalam hidup ku? Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-Nya? Bila bertembung antara kehendak-Nya dengan kehendak ku, kehendak siapa aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerananya? Tegakah aku membenci juga kerananya?
Muhasabah ini melebar lagi… Lalu aku tanyakan pada diri, bagaimana sikapku terhadap hukum-hakam Mu? Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?
Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan lebih banyak persoalan. Bukan akal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai Mu ya Allah. Dan aku juga tidak dapat mendustai diri ku sendiri. Aku teringat bagaimana satu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan, “apakah engkau takutkan Allah?”
Dia menangis dan menjawab, “aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikap ku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan Allah bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat Allah tetapi aku tidak…” Maksudnya, sufi itu sendiri tidak dapat menjawab apakah ada DIA di hatinya…
Jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan Allah pun sukar bila ditanyakan apakah ada dia di hatinya, lebih-lebih aku yang hina dan berdosa ini. Di hati ku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik. Antara cinta Allah dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.
Kalau kau tanyakan aku, “adakah DIA di hati mu?”, aku hanya mampu menjawab, “aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hati ku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-Nya tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-Nya…”
Justeru belum ada DIA di hati ku, hidup ku belum bahagia, belum tenang dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari dengan langkah mujahadah ini. Aku yakin Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Begitu seperti yang selalu ku dengar daripada sebuah hadis Qudsi yang panjang.
Dan akhirnya aku tiba pada satu keyakinan, di mana DIA di hati ku bukan menagih satu jawapan… tetapi satu perjuangan dan pengorbanan. Insya-Allah, aku yakin pada suatu masa nanti akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua! Insya-Allah. Amin..

Monday 12 December 2011

Saya DiTag

thanx to cik yaya coz tag me..=)

the rules :
  • tak boleh tag orang yang sama
  • letakkan semua syarat2 ni kat entri
  • tag 11 orang dan linkkan dalam entri
  • pastikan mereka tahu mereka telah ditag
  • ceritakn 11 perkara mengenai diri anda dalam entri
  • jawab semua soalan yang telah diberi orang yang tag anda, kemudian buat 11soalan yang khas untuk mereka yang kena tag pulak

11 perkara tentang schazeewany
1. saya suke memasak especially cake,cookies n bnde2 yg manis..+suke mkn jgk..
2. saya suke bace novel..1 hari bleyh habez 3 novel trus tnpe ade gangguan..xmkn pn xper..
3. if sy tension sy akan mnjerit kuat2 n then menangis(gembeng!hehe)
4. xsuke nonton tv..lau nk tngok pn depends pd citer yg disiarkan..
5. sngat gilerkan korean n japan..layan jer sumer muvie n drama dorg uh..masyuk.
6. suke menyendiri..but xsmemstinyer sy x suke bergaul..if dgn mber i cant shut my mouth!hehe
7. hati sy mudah tersentuh...lau mber citer psal sdeyh2 rase sebak..
8. xpndai pujuk org..serius!mang xpndai..
9. mudah untuk memaafkn org but xmudah untuk mlupakan..thats why rmai yg pijak pale aq..hurmm..redha..
10. sgt giler kn laptop n gadget2 yg laen..berhabes duet pn xper..
11. seorabg yg setia..(xmaen2 tau!yes im very loyal to a person that i love)

finally im done..
cik yaya i jwab soklan u k :

  • Kenapa anda suke berbelog?
  • coz dpt release tension n suke merapu..hehe
  • banyakbanyak tempat sopink,mana korunk suke?
  • JPO(johor premium outlet) + pasar tani..kih2
  • bila dilanda kesedihan,korunk akan buat ape?
  • menangis n menyendiri..
  • bila korunk ade masalah siapalah yg mjadi tempat korunk mgadu?
  • sahabat baek..
  • masa weeding korunk nty,na tema pe??
  • floral..
  • kereta idaman korunk?
  • ader bnyk..tp setakat ni beli yg mampu sudah..
  • idola korunk?
  • my parents..
  • best ke blogg cik yaya?reason..?
  • best!sbb sweet n cool..
  • korunk suke makan makanan barat @ makanan melayu.
  • makanan melayu..
  • bila korunk jumpa BF/husband korunk.1stly korunk buat ape?
  • beri salam+senyum+cium tangan mnx berkat..(4 husband only)
  • Filem yang pling korunk minat..?
  • action muvies..cintan2 xbrape nk layan sgt

selesai sudah..
untuk yg telah di tag..sila jawab soalan kt bawah nie :
1. kalau xder FB korg wat aper?
2. biler korg rase korg nk tamat kn zaman bujang?
3. bila korg ade problem sape yg jdi tmpat korg ngadu?
4. if korg diuji dgn dugaan ALLAH ap yg korg buat?
5. anda suke dgn blog Schazeewany?
6. ap yg korg benci pd seseorang?
7. whick one is more better single or in relationship?
8. korg minat x jadi photographer?
9. tempat yg korg rase best untuk ditujui?
10. suke x layan cerita cintan2 ni mcm Ombak rindu yg tngah hangat skrg ni?
11. apa perasaan korg sekarang nie?

u All yg bertuah yg telah di tag oleh sy :
zarleyka
adek giehana
bulan amanda
ct solehah
nana
nuar
ami
siti nurain
niesah
aini osman
aini salamon


motif: saje suke2..xder koje..release bosan n tensen..tq!n sorry if ader merapu..=)

Wednesday 7 December 2011

ketentuan







‎"Ya Rahman..sekiranya die bukan untuk ku...janganlah jadikan hati ini terlalu berharap...tetapi sekiranya benar apa yang tertulis di luf mahfuz bahawa die lah orangnya....aku terima seadanya"


:: (^_^)..
:: pesanan beliau..cari lelaki yang boleh membimbing bukan merosakkan...
:: aku bukanlah baek..aku tak sempurna..tapi aku x jahat..dan aku cuba untuk jadi yang terbaek...

Tuesday 6 December 2011

relaku setia



Termenung bila sendirian
mengunung seribu harapan
tak mampu ku melupakan
walau kian kehilangan

kerna ku terlalu ingin kan
untukmu riang berkekalan
rela ku berlalu
walau mungkin tak termampu

Selagi daya hatiku ini
akan tetap ku menyayangi
duka tiada ku peduli
bila rindu membelenggu

selagi nadi belum terhenti
ku buktikan cinta sejati
tak mungkin akan ku kesali
kerna hidup mu kian bererti

Tak mungkin mudah kau mengerti
tak ingin saling di lukai
kedaifan ini
menjadi penghalang sanubari

Selagi daya hatiku ini
akan tetap ku menyayangi
duka tiada ku peduli
bila rindu membelenggu

selagi nadi belum terhenti
ku buktikan cinta sejati
tak mungkin daku kesali
kerna hidup mu kian bererti

Rela ku terus setia
menyayangi mu
menyintai mu
walau berjauhan
teguh kalimah kasih ku

...

Rela ku terus setia
menyayangi mu
menyintai mu
walau berjauhan
teguh kalimah kasih ku

termenung bila sendirian
mengunung seribu harapan
moga kau mengerti
bila nadi ku terhenti

Friday 2 December 2011

Aku mengharap yang terbaik dari-MU



pilu rase hati ini..mengenangkang nasib hidup yg tidak selalunye cerah..namun Ya Allah yang Maha- Besar..aku redha dengan dugaan yang kau berikan kepadaku dan dirinya juga,,,kami terima dugaan mu walaupun ianya amat perit untuk ditelan..namun Ya Allah kami percaya disebalik ujian KAU berikan ada hikmah yang menanti..mungkin kami banyak melakukan kesilapan sehingga alpa dengan keseronokan yang melilit.Tetapi Ya Allah Yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang kepada setiap hambanya,aku mohon Ya Allah jangan lah KAU pisahkan kami buat selamanya..aku tidak berdaya Ya Allah kerana aku memerlukannya untuk melengkapi kehidupan diatas keredhaanMU ya Allah..izinkanlah kami mengikat hubungan diatas landasan yang benar dan akhirnya dapat memanjangkan zuriat yang soleh dan solehah..izinkanlah ya Allah..Namun begitu Ya Allah jika memang ditakdirkan aku tidak bersama dengan nya..aku redha Ya Allah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...