Sunday 20 March 2011

saTu Perasaan


satu perasaan

perkataan yang sering kita

ungkapkan

Namun

Fahamkah kita apa ertinya

Satu perasaan

yang menjalinkan hubungan yang suci kita

Dan

Dengan satu perasaan jugalah

yang memutuskan perhubungan suci itu


aku benci pada satu perasaan

kerana pada satu perasaan itulah

aku menderita!!


Namun

aku masih mahu mempunyai satu perasaan

satu perasaan yang mampu membuat hidupku

sungguh bermakna

Saturday 19 March 2011

We May Not Always Realize.



We may not always realize
That every thing we do,
Affects not only our lives
But touches others, too!

For a little bit of thoughtfulness
That shows someone you care,
Creates a ray of sunshine
For both of you to share.

Yes every time you offer
Someone a helping hand ...
Every time you show a friend
You care and understand ...

Every time you have
A kind and gentle word to give ...
You help someone find beauty
In this precious life we live.

For happiness brings happiness
And loving ways bring love;
And Giving is the treasure
That contentment is made of.

Friday 18 March 2011

SAAT BAHAGIA



Kisah cinta kita..
Kini ku lagukan...
Tulus ikhlas dari hati ini
Moga dikau mengerti

Haruman dirimu
Senyuman di wajahmu
Di dalam matamu ada daku

Ku rasa bersyukur...
Ditemukan denganmu...
Alangkah indahnya tersusun....
Jiwamu di dalam jiwaku

Inikah dikata.. saat bahagia
Sehati sejiwa untuk selamanya...
Inikah dikata indahnya dunia
Walau sementara
Menjadi bermakna
Disatukan jiwa bersama merasa..

Walau begitu kita seharusnya lebih memahami
Mengharungi rintangan yang meminggir
Oh.. sayang perjalanan begini
Kita hadapi hingga kan ke akhir

Di saat ini
Perasaan ini ku lagu
Ku nyanyikan keputusan di hati

Di saat ini... ingin ku dengarkan darimu

Perasaanmu tentang kisah ini....

Friday 4 March 2011

SEPI MALAMKU

suasana malam dibilik ini

hanya terlihat kipas ligat menari

tiada bunyi selain lincah tari

sang cengkerik turut riuh menyanyi

asalnya ruang ini sunyi sepi

tapi kelihatannya seperti gamat seisi

tika itu,aku dudk sendiri

berdepan dengan peristiwa sepanjang hari

kulepaskan rasa saat ini

membentang lipatan peribadi

hanya sepi yang mengulit diri

tapi kucuba menyenangkan hati

dengan memikir hari-hari yang meniti

mungkin kebahagian sedia menanti

namun rasa gejolak dihati

kian mengetuk untuk dinanti

bagaikan mahu jernihnya mengalir dipipi

ku tahan juga agar tidak melimpahi

namun sendu ku menyelubungi diri

menemani hari ku yang tiada pasti

kubersyukur ke hadrat ilahi

segala pemberiannya ku hargai

segala yang kukecap kunikmati

walau diriku bagai ditusuk duri

namun ku harus tetap teguh berdiri

untuk mengerah keringat pada esok hari

corat-coretku

3/12/10

malam hari

Thursday 3 March 2011

SUKAN DALAM KONTEKS PEMBANGUNAN NEGARA


PENGENALAN
Konsep sukan – Sukan gerakan sosiobudaya.
Sukan termasuklah acara olahraga dan permainan.
Sukan dapat membina kesihatan tubuh badan dan mental.
Sukan memupuk semangat kesukanan.
Sukan mengharumkan nama ahli sukan dan negaranya.
KEPENTINGAN
Sukan melahirkan insan yang cergas dan cerdas
Huraian:
Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa sukan akan melahirkan insan yang cergas dan cerdas.Aktiviti sukan melibatkan pergerakan anggota badan.Senaman menguatkan sendi-sendi dan otot-otot tubuh.Lemak yang termendap dalam badan dapat digunakan untuk menjana tenaga.Aktiviti sukan juga dapat membantu proses perpeluhan dan menghilangkan panas badan.Dengan ini,seseorang akan dapat menghindarkan masalah penyakit kronik seperti sakit jantung dan diabetes.Dengan badan yang sihat,kita dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pekerjaan dan pelajaran.Lantas,kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara dapat dicapai.

Sukan menawarkan peluang perniagaan dan pekerjaan
Huraian:
Sukan juga boleh mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan.Kemajuan sukan akan meningkatkan permintaan terhadap peralatan sukan.Oleh itu,bidang pembuatan dan pengeluaran alat-alat sukan secara komersial berkembang pesat.Selain itu,usaha untuk menyediakan pelbagai kemudahan prasarana sukan turut mendatangkan pulangan yang lumayan. Misalnya,untuk membina stadium,kolam renang bertaraf antarabangsa,dan sebagainya,peluang perniagaan terbuka luas kepada kontraktor dan pembekal bahan binaan.Peluang-peluang pekerjaan juga diwujudkan.Hal ini bermakna industri sukan bukan sahaja menyumbang kepada pendapatan negara tetapi juga menjamin peluang-peluang baharu bagi rakyat mencari kerjaya yang sesuai.

Sukan memupuk perpaduan
Huraian :
Sukan juga dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.Sebelum sesuatu pertandingan,para atlet atau pemain akan berkumpul di kem latihan.Di situlah mereka tinggal,makan,berehat,dan berlatih bersama-sama.Pergaulan dan interaksi atlet dan pemain pelbagai kaum akan melahirkan persefahaman yang erat.Ketika pertandingan atau permainan berlangsung,mereka akan bersatu hati,saling membantu untuk menjayakan misi negara.Rakyat jelata sebagai penyokong dan peminat sukan,juga membantu perpaduan negara.Misalnya,para penyokong pasukan negara menunjukkan semangat kebangsaan mereka dengan menyokong semua pemain yang terdiri daripada pelbagai kaum.Terdapat 15 000 orang rakyat berbilang kaum mendaftarkan diri sebagai sukarelawan untuk sukan Komanwel(SUKOM)1998.Mereka berganding bahu membuktikan Malaysia boleh dan mampu menjayakan SUKOM spenuhnya.

Sukan mengangkat martabat negara
Huraian:
Sukan juga dapat mengangkat martabat negara ke mercu yang lebih tinggi.Pencapaian cemerlang dalam temasya sukan membolehkan nama Malaysia terukir dalam sukan antarabangsa.Contoh yang paling ketara ialah apabila Malaysia berjaya merampas Piala Thomas semula pada tahun 1992 setelah 25 tahun kehilangannya.Pasukan badminton Piala Thomas telah menjadikan nama Malaysia disebut-sebut di seluruh dunia.Dalam Sukan Olimpik Beijing 2008 pula, Dato’ Lee Chong Wei mengharumkan nama negara dengan memenangi pingat perak dalam sukan badminton.Pencapaian Ratu Skuasy Negara,Dato’ Nicol Ann David,lebih membanggakan.Beliau telah menjadi juara dunia dalam sukan itu sebanyak empat kali,iaitu pada tahun 2005-2006 dan 2008-2009 serta menduduki ranking pertama dunia sejak tahun 2006.

Sukan juga dapat mengatasi masalah sosial
Huraian:
Sukan juga dapat mengatasi masalah sosial seperti lepak,bohsia,penyalahgunaan dadah, dan vandalisme yang melanda remaja kita.Masalah ini terjadi kerana remaja tidak mempunyai hobi yang sihat untuk mengisi masa lapang mereka.Aktiviti sukan merupakan salah satu hobi yang sihat dan membolehkan remaja mengisi masa lapang dengan bermakna.Selain itu,sukan juga dapat memupuk disiplin dan azam yang kuat yang membantu remaja menghindarkan diri daripada masalah sosial yang serius.
LANGKAH-LANGKAH
Peruntukan kewangan yang secukupnya kepada badan sukan penting
Huraian:
Kerajaan perlulah memperuntukkan wang yang secukupnya kepada badan sukan. Dengan wang yang cukup, pelbagai program latihan dapat dijalankan. Alatan latihan yang canggih dapat disediakan dengan secukupnya. Jurulatih yang bertauliah dan professional dapat diupah. Selain itu, atlet dan pemain juga dapat dihantar keluar negara untuk menjalani latihan. Lebih banyak pertandingan juga dapat di anjurkan. Atlet kita juga dapat ditaja untuk menyertai pertandingan antarabangsa. Pendedahan ini akan membolehkan mereka mengenal pasti kelemahan diri sambil belajar daripada jaguh sukan yang lain. Dengan itu, pastilah mutu sukan tanah air akan meningkat.

Percaturan politik dalam persatuan-persatuan sukan harus dibanteras
Huraian;
Percaturan politik dalam persatuan-persatuan sukan juga harus dibanteras demi kemajuan sukan. Punca utama kemerosotan mutu sukan ialah kekurangan kerjasama antara Majlis Sukan Negara(MSN), Majlis Olimpik Malaysia(MOM), dan persatuan-persatuan sukan. Percaturan politik dalaman,seperti perebutan kuasa dan jawatan juga menjejaskan mutu sukan. Masa, tenaga, dan wang dibazirkan kerana perebutan yang sia-sia ini. Pemimpin tua memegang tampuk selama berpuluh-puluh tahun tanpa membawa sebarang perubahan dan kemajuan kepada bidang sukan tersebut. Mereka juga enggan memberikan laluan kepada orang baharu. Keadaan ini haruslah dibetulkan jika kita mahu memajukan sukan tanah air. Tegasnya, keutuhan persatuan sukan juga penting

Ganjaran lumayan kepada ahli sukan
Huraian:
Ganjaran lumayan kepada ahli sukan juga penting dalam hal ini. Ganjaran wang yang lumayan akan memikat ahli sukan. Sebagai contohnya, pemenang pingat di peringkat antarabangsa diberikan insentif kewangan yang banyak. Tambahan pula, gaji tinggi boleh ditawarkan kepada ahli sukan profesional. Dengan demikian, mereka dapat menumpukan perhatiannya terhadap bidang sukan sepenuhnya. Peluang pendidikan dan pekerjaan juga boleh ditawarkan. Anugerah tertentu seperti olahragawan dan olahragawati juga diberikan. Dengan itu, ahli sukan tidak perlu merisaukan masa hadapan yang tidak menentu apabila prestasi mereka merosot nanti.

Bakat perlu dicungkil ketika kecil
Huraian:
Bakat ahli sukan juga perlu dicungkil ketika kecil. Pertandingan peringkat sekolah rendah dan menengah diutamakan. Dalam pertandingan sedemikian, Bakat muda yang berpotensi dapat dicungkil. Selanjutnya, bakat mereka dapat diasah pada usia yang kecil. Bimbingan dan latihan khusus diberikan, misalnya golongan yang berpotensi ini dihantar ke sekolah sukan. Maka lahirlah para pelapis ahli sukan negara yang dapat menyambung perjuangan negara dalm bidang ini.

Jurulatih perlu ditambah
Huraian:
Jurulatih juga memainkan peranan yang penting. Lebih banyak jurulatih yang berpengalaman perlu diupah. Mereka dapat memberikan tunjuk ajar yang bernas kepada ahli sukan kita. Mereka juga menggunakan kaedah latihan yang terkini. Hal ini, dapat meningkat mutu sukan negara. Sebagai contohnya, jurulatih daripada negara China telah berjaya membantu pasukan badminton negara merampas Piala Thomas pada tahun 1992. Jurulatih renang yang diupah dari negara barat akhirnya berjaya melahirkan banyak perenang negara yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Oleh itu, amatlah penting untuk kita mengupah jurulatih yang betul-betul berupaya dalam pelbagai bidang sukan.
IMPLIKASI
Bersukan dapat menyihatkan tubuh badan manusia
Huraian :
Bersukan dapat menyihatkan tubuh badan manusia.Segala kemudahan sukan yang disediakan oleh kerajaan adalah untuk kegunaan setiap lapisan masyarakat.Apabila kemudahan sukan dimanfaatkan, kita dapat melahirkan rakyat yang sihat.Rakyat yang sihat akan mewujudkan tenaga kerja yang produktif untuk menggerakkan ekonomi negara. Kajian menunjukkan bahawa sukan dapat mengelakkan seseorang daripada serangan penyakit seperti strok, diabetes atau kencing manis, darah tinggi dan barah. Sukan dapat membantu meningkatkan pengaliran darah dalam tubuh manusia hatta menjadikan seseorang itu sihat dan bertenaga. Rakyat yang sihat penting untuk pembangunan ekonomi negara.

Perkembangan sukan juga memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk
Huraian :
Perkembangan sukan juga memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk.Kemajuan sukan menyebabkan kewujudan syarikat-syarikat pengeluar barangan sukan seperti kasut, baju, stoking, raket, bola dan pelbagai produk sukan yang lain.Kedai-kedai sukan juga dibuka di setiap pelosok negara dan memberikan peluang kepada rakyat untuk berniaga. Peluang pekerjaan dapat diwujudkan kepada rakyat negara ini di kilang-kilang berasaskan produk sukan. Atlet sukan yang cemerlang seperti Shalin Zulkifli, Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David dapat menjadikan sukan sebagai sumber pendapatan melalui penajaan. Mereka juga boleh menjadikan sukan sebagai profesion.

Pendapatan negara juga dapat ditingkatkan melalui sukan
Huraian :
Pendapatan negara juga dapat ditingkatkan melalui sukan. Penganjuran Sukan Komanwel Ke-16 pada tahun 1998 dahulu menguntungkan negara dari segi pendapatan.Kemasukan pelancong yang ramai menjana ekonomi negara.Hak penyiaran eksklusif melalui penganjuran sukan Formula 1 menguntungkan penganjur. Industri sampingan seperti pengangkutan, makanan , media dan pelancongan turut mendapat tempiasnya. Pelaburan asing juga dapat ditingkatkan dan Malaysia memperoleh keuntungan besar dari segi tukaran wang asing. Oleh itu, tidak hairanlah setiap negara bersaing untuk menjadi penganjur sukan bertaraf dunia seperti Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia, Sukan Olimpik, dan pelbagai kejohanan yang lain.

Sukan sebagai alat perpaduan dan perpaduan antarabangsa.
Huraian:
Sukan sebagai alat perpaduan dan perpaduan antarabangsa. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Untuk mengeratkan hubungan antara kaum yang pelbagai itu, sukan merupakan salah satu wadahnya. Sukan juga dapat mengikis rasa buruk sangka dalam kalangan pemain dan penonton.Semangat kerjasama dapat dipupuk dalam kalangan pemain.Pada peringkat antarabangsa, sukan dapat menjalin hubungan diplomatik dan perbezaan ideologi politik. Keamanan dunia dapat dicapai jika setiap negara mengutamakan sukan. Sukan dapat mengukuhkan perpaduan umat dan mengikis perasaan perkauman.
Kegiatan sukan juga dapat mengurangkan kos perubatan untuk rakyat
Huraian:
Kegiatan sukan juga dapat mengurangkan kos perubatan untuk rakyat. Sukan menyihatkan rakyat, dan secara tidak langsung kerajaan dapat mengurangkan kos perubatan untuk merawat rakyat. Peruntukan yang tinggi untuk kesihatan rakyat dapat dialih kepada sektor-sektor lain yang lebih memerlukan untuk merealisasikan matlamat Wawasan 2020. Rakyat yang sihat tidak perlu lagi memikirkan kos perubatan Rakyat juga dapat menjimatkan pendapatan untuk kesejahteraan keluarga seperti mendapatkan keperluan lain seperti makanan, tempat tinggal, pakaian dan melancong.
KESIMPULAN
Kerajaan berusaha memajukan sukan.
Pelbagai program pembangunan dan galakan sukan telah dilaksanakan.
Masyarakat kita juga boleh membantu dalam pelbagai cara.
Langkah perlu diambil untuk meningkatkan mutu sukan negara.
Kerjasama semua pihak penting dalam hal ini.
DISEDIAKAN OLEH : SITI SYAFAWANI MOHD SAFI’FINE 6AG  ECJB 2011

Tuesday 1 March 2011

SAHABAT

dedicate to:Aini Osman,Nana,Ain,Ani salamon,Zarleyka,niesah,izz dan semua sahabat2 ku diluar sana..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...