Monday 19 March 2012

hakikat pernikahan







Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEKS, maka pasangan akan selalu bertengkar jika… Servis di kamar tidur tidak memuaskan..

Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrupt..

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut..

Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak..

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya..

Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik , tanpa kita sedar cinta itu hilang di hati..

Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA ..

Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya . Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhakai ALLAH.

Tuesday 7 February 2012

‎6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM.. :D


1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA..

beruntungnya kita..^_^

Saturday 21 January 2012

Ciri-Ciri Lelaki Soleh



Hai blogger!!Assalamualaikum w.b.t..Hari sy Saje je nk buat entry ni..Still tercari-cari lelaki macam manakah yang anda mahukan??atau ada tak ciri-ciri dibawah ini terdapat pada pasangan anda??Jom kita telitikan ciri-ciri dibawah ini...



Siapakah dia lelaki soleh?

Untuk mengenali lelaki soleh, boleh lihat kepada 16 ciri-ciri berikut :
  1. Seorang yang taat kepada Allah dan Rasul-NYa
  2. Jihad fisabilillah di jadikan matlamat hidupnya
  3. Mati syahid adalah cita-cita hidupnya yang tertinggi
  4. Bersabar ketika menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah s.w.t
  5. Ikhlas dalam beramal
  6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya
  7. Sangat takut kepada ujian Allah dan ancamanya
  8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya
  9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkanya
  10. Solat malam menjadi kebiasaanya
  11. Tawakkal penuh kepada Allah Taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah semata-mata
  12. Selalu berinfak sama ada ketika dalam keadaan lapang mahupun sempit
  13. Menerapkan nilai kasih sayang sesame mukmin dan ukhwah antara mereka
  14. Sangat kuat amar makruf dan nahi mungkarnya, iaitu mengajak ke arah kebaikan dan mencegah perbuatan mungkar.
  15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan rahsia
  16. Seorang pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi kejahilan manusia, sentiasa saling mengingatkan antara sesama saudara dan tawaduk kepada Allah

Itulah 16 ciri-ciri lelaki soleh. Sekarang, cuba check, ada atau tidak ciri-ciri ini pada pasangan anda?
Kepada kaum lelaki , mari periksa diri… dimanakahkamu? Sudah cukup soleh kah…?

Mudahnya Seorang Wanita Masuk Ke syurga



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” (Riwayat )
Seroang wanita memang mudah masuk ke syurga berbanding lelaki. Ini kerana, jika seorang wanita itu betul-betul follow apa yang telah ditetapkan dalam agama islam. Syurga adalah tempatnya.
Berbanding dengan lelaki, banyak yang perlu ditanya sebelum masuk ke syurga, Allah akan tanya anak-anaknya, isteri-isterinya, berkenaan apa yang dibuat semasa hayatnya, jihadnya kemana dan semualah. Macam-macam lagi pertanyaan Allah.

Tetapi, wanita juga yang paling ramai di dalam neraka kerana solat yang dilakukan oleh seorang wanita itu kadangkala tidak mencegah dirinya daripada perkara keji dan mungkar, wanita juga antara yang suka berpuasa, tetapi puasanya hanya dapat lapar dan dahaga sahaja, tapi masih melakukan dosa-dosa, samaada dosa kecil atau besar.
Wanita antara yang susah menjaga maruahnya, masih membuka aurat, walaupun bertudung, tetapi tidak sangat mengikut tuntutan syarak dan wanita juga juga sering gagal memberi ketaatan kepada suaminya.
Bagaimana dengan menjaga maruah dan taatkan suami? Dua perkara ini lebih ramai yang gagal. Maruah diri tidak dijaga sewaktu keluar kerja. Pakaian yang mendedahkan aurat boleh membawa banyak dosa lain selepasnya. Pergaulan bebas juga boleh membawa kepada dosa mulut, mata dan telinga.
Mengenai mentaati suami, realitinya isteri paling ramai gagal memberi ketaatan kepada suaminya. Perintah suami mudah disanggah isteri dan kehendaknya saja yang dipakai. Layakkah mereka itu masuk syurga dalam keadaan itu?
Insaflah wahai wanita yang bergelar isteri. Jangan jadikan diri anda sebagai orang yang pertama masuk ke dalam neraka.
Semoga segala amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah.

Tuesday 17 January 2012

Realiti Cintaku



Sejenak ku terbayang masa lalu
Bagai camar terbang tinggi
Di awan di langit membiru
Bebas memburu rindu
Mencari bayangan sinar harapan
Mewarnai sayap yang belum terlukis
Wajah kerinduan
Kini hadir bayangan itu
Bersama sinar yang diharapkan
Menjadi lukisan realiti
Terpahat di sayap tunjang hidupku
Membawaku terbang di awangan indah
Beriringan mencari destinasi
Betapa bahagia tidak terucap
Oleh hati yang berbunga
Mekar mewangi menghiasi
Taman asmara
Inginku tetap beriringan
Bersamamu menuju
Destinasi akhir kehidupan
Walau menuju ke dasar
Mahupun meninggi di awan
Tiadaku sanggup memadammu
Dari terlukis disayapku
Tetap tergambar wajahmu
Mewarnai lukisan realiti cintaku...

Biarkan Bertandang



kadang-kadang, lebih baik membiarkan kesedihan bertandang, andai itu yang dapat ‘membawa’ pulang hati kita padaNYA… daripada, kegembiraan yang ‘melarikan’ kita jauh dariNYA. mungkin kesedihan itulah yang menjadi ‘magnet’ yang mendekatkan kita pada Allah.. dan mungkin kesedihan itulah yang menjadi ‘parut’ yang mengingatkan bahawa Allah sentiasa ada, saat kita susah dan senang.

Tuesday 10 January 2012

Bersediakah awak tanggung dosa2 saya?





 AKU TERIMA NIKAHNYA

“Aku TERIMA NIKAHNYA si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM..”

Bunyi macam MUDAH?

>>> MAKSUD sebenarnya :
“Aku TANGGUNG DOSA-DOSA si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, dari DEDAH AURAT hingga ke tinggalkan solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku..jika GAGAL, maka aku fasik, dayus & aku RELA MASUK NERAKA, aku rela malaikat Zabaniyah MELIBAS aku hingga pecah badanku..”

Wednesday 4 January 2012

Soalan Penampor


Jawapan dengan Penamp0r...

Pemuda : Anda siapa Dan bolehkah menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada 3 soalan:-

1. Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukkan wujud tuhan kepada saya?

2. Apakah yang dinamakan takdir?

3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.

Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?


Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)

Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3
pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak faham.

Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.

Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!

Imam : Tunjukkan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda : Saya tidak boleh.

Imam : Itulah jawapan pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Imam : Itulah yang dinamakan takdir.

Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Imam : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Imam : itulah jawapan untuk soalan ketiga.Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan...

"Sahabat, Mari kita duduk, beriman sejenak?"

Sebarkan pada MUSLIM yang lain..:P



sumber : http://www.facebook.com/Ustazazharidrus?ref=ts
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...