bicara semalam
diselaputi berjuta kepalsuan
walau ku sedar kau menyedari
tanpa secalit keraguan
kau ku yakini
bicara semalam
mengungkap beribu persoalan
bukan aku tapi dirimu
jambata kasih ku musnahkan
dan kau makin keliru
bicara semalam
mengundang pelbagai duka
melempar segala suka
bukan aku meminta
namun semua yang berlaku
aku rela
bicara semalam
tak daya aku huraikan
walau dirimu ku rindu
namun segalanya ku pendamkan
demi sayangku padamu
assalammualaikum.. terima kasih kerana share sajak saya.. tapi awak tak letak kredit nama saya la..
ReplyDelete