Friday 23 September 2011

Percubaan Sejarah Kertas 2 Negeri Johor 2011

Bahagian A
1.Bincangkan peranan golongan yang diperintah terhadap pemerintah sebelum kedatangankuasa barat di Tanah Melayu.

2. Huraikan perbezaan antara Adat Perpatih dengan Adat Temenggung yang diamalkan oleh masyarakat Melayu pada abad ke-19.
3. Perihalkan penetangan penduduk tempatan terhadap pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Sabah dan pentadbiran Dinasti Brooke  di Sarawakk pada abad 19.
4. Penubuhan Negeri-Negeri Melayi Bersekutu 1896 melibatkan negeri-negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah mendatangkan implikasi politik dan ekonomi. 
5.Huraikan penyataan di atas. Jelaskan dasar dan kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942-1945 
6. Bincangkan sistem pemerintahan Malaysia dari tahun 1957-1963  


Bahagian B

7.Huraikan struktur masyarakat feudal di negara China dan Jepun sebelum campur tangan kuasa Barat.

8. Bincangkan dasar isolasi yang diamalkan oleh Thailand dan Vietnam pada abad ke-19
9. Bincangkan faktor-faktor penentangan masyarakat tempatan terhadap kuasa Barat di Indonesia pada tahun 1825 dan China pada tahun 1900
10. Bandingkan perubahan yang dilakukan oleh Raja Mongkut (1851-1868) di Thailand dengan perubahan yang dilakukan oleh Raja Mindon Min (1853-1878) di Myanmar dalam usaha mengekalkan kemerdekaan negara masing-masing
11. Huraikan gerakan anti Jepun di Filipina  dan Myanmar dari tahun 1942 -1945 
12.Bandingkan dasar luar Filipina dan India dari tahun 1945-1963

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...