Sunday 2 June 2013

Wang RM100 dan Kehidupan



Assalamualaikum w.b.t..semoga kalian sentiasa dibawah lindungan Allah s.w.t..InsyaAllah aminn..
Hari ni terasa nak berkongsi sedikit sebuah cerita mengenai wang RM 100 kaitan dengan liku2 kehidupan..
Bayangkan,wang RM100 jika ada yang ingin memberikannya kpd orang ramai..pastinya semua orang nak..ye takk?? Lalu wang tersebut direnyukkan, dipijak-pijak dgn kasut sehingga kotor masih juga ada yang menginginkannya kerana..kerana apa?kerana apa jua yang dilakukan keatas wang tersebut tak akan mengurangi nilainya. Biarpun renyuk,kotor dan lusuh nilainya tetap sama.

Dalam kehidupan ini,kita pernah beberapa kali terjatuh,terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat dan situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu,kita merasa tidak berharga,tidak bererti. Padahal apapun yang telah dan akan terjadi anda tak pernah akan kehilangan nilai di ata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan Allah s.w.t

Jadi walau bagaimana kotor pun anda,kita masih mempunyai nilai tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa,terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga. Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang dipandang sama..Hanya iman dan Taqwa yang membezakan kita.

wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...